Khamis, 4 Jun 2009

Selamat ulangtahun ke-72 FAS


PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) menyambut ulangtahunnya yang ke-72. Persatuan terulung bola sepak tanah air ini ditubuhkan pada tanggal 22 Februari 1936.

Reputasi FAS tidak hanya gah di dalam negara apabila turut berjaya menarik perhatian beberapa pemain bertaraf antarabangsa untuk menyarung jersi Selangor antaranya penyerang antarabangsa England Tony Cottee (1997), pemain Arsenal dan Skuad Bawah 21 Tahun England Chris Kiwomya (1997), penjaga gol skuad Piala Dunia Czech 1982 (Karel Stromsik pada 1989-1991) dan Hungary 1986 (Peter Distzl pada 1994), penyerang skuad Piala Dunia Serbia Montenegro 1998 (Perica Ognjenovic pada 2006) dan penyerang Indonesia Bambang Pamungkas.
Skuad Pilihan Selangor juga pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka seperti Boca Juniors (1982), Bayern Munich (1994), Dundee United (1994), Manchester United (1995) dan Middlesbrough (1996).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan